Saturday, April 25, 2009

-apa kena dengan.....???-

Setiap orang pernah mengalami satu perasaan yang sangat indah iaitu percintaan. Rasanya tidak dapat digambarkan bagaimana.Namun percintaan ada batasnya.Silap langkah dan cara berdosa besar.Tapi ramai orang menyalah ertikan maksud cinta.Cinta bermaksud sayang.Sayang kepada Allah, Rasul, diri sendiri,ibu bapa,keluarga dan teman.Namun mereka tidak mempedulikan maksud sebenar cinta.Cinta pada zaman sekarang tidak boleh dipercayai.Cinta yang tidak tulus dan bukan kerana Allah mudah dinodai.Untuk mendapatkan cinta yang tulus bukanlah begitu mudah.Seseorang perlu memperjuangkan cintanya kerana Allah.Pilihlah pasangan berdasarkan iman dan berpendirian bukan melalui rupa dan harta.Tiada guna jika memilih berdasarkan harta dan rupa kerana ia tidak menjamin kehidupan kita di akhirat.Zaman kini cinta itu hanya mainan yang digunakan untuk merosakkan maruah diri dan keluarga.Ingat lah wahai teman,hindarilah percintaan yang mendorong ke arah maksiat. Bercinta dengan betul dan ikhlas kerana Allah..

No comments:

Instagram

aku dan blog

Daisypath Friendship tickers

oppss!

Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

ikut.ikut