Friday, March 25, 2011

-berita.kehilangan.COMOT-


KUALA TERENGGANU, 25 MAC 2011- Seekor kucing yang bernama Comot, 4 bulan, telah dikatakan menghilangkan diri sejak dua hari yang lalu. Perkara ini disedari oleh pemilik bongsu atau lebih kenali sebagai SEEM NOOR AIN si pembuli kucing, apabila beliau mencari Comot untuk dibuli malangnya kucing itu telah tiada. Hal ini kemudiannya disedari oleh Nazirul Mubin, 11 tahun, dan segera melaporkan kejadian kehilangan mangsa kepada pihak tertentu, ANITA SARI, 25 tahun, merangkap Inspektor Polis dan pemilik kucing itu di kawasan tersebut. Namun begitu, Inspektor Sari tidak dapat menahan sebak apabila mendapat laporan itu dan segera mengambil (Music Player 3)mp3 dan mendengar lagu untuk menahan kesedihan melampau dan mengerahkan tentera-tentera nya untuk mencari Comot dalam Ops Cari Comotku (OCC). Namun begitu, berlainan pula dengan pendapat pemilik pertama nya, Encik Hassim Bin Mahat, 48 tahun, yang memberi keterangan bahawa Comot telah diculik oleh sang ular atau biawak lalu dimakannya. Berlainan pula dengan keterangan saksi, Wan Noordiran Binti Wan Long, 43 tahun, yang mengatakan bahawa Comot telah melarikan diri dari rumah untuk mencari jodoh sesuai dengan kehendak dirinya sebagai seekor jantan. 

      Namun begitu, usaha mencari Comot masih diteruskan kerana pemiliknya masih merasakan kucing itu masih berada di kawasan berhampiran. Seluruh keluarga mangsa masih merasa kehilangan Comot sehinggakan masih lagi menyimpan bekas makanan dan minuman kucing tersebut. Kejadian hujan dan banjir di Terengganu ini menjadi punca kebimbangan keluarga mangsa keran khuatiri mangsa lemas dan tidak pandai berenang walhal semua kucing pandai berenang. Sebarang pertanyaan ataupun urusan menghulurkan bantuan sama ada kewangan atau fizikal boleh hubungi di talian, 014-5442444. Kerjasama amat diperlukan.- Penulis Knez

:(
sedih lak gua baca berita ni..
uhuk3..
Comottt..
balik laaaaa...
bibik gua bad mood da...
ok.babai..
:(


dia dalam kenangan..

No comments:

Instagram

aku dan blog

Daisypath Friendship tickers

oppss!

Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

ikut.ikut