Tuesday, April 5, 2011

-KERTAS.KERJA.CTU151.KHURAFAT.BIDAAH-




KERJA KURSUS CTU 151

AMALAN DAN KEPERCAYAAN KEPADA KHURAFAT DAN BIDAAH MASIH MENEBAL DALAM AMALAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM MASA KINI.



PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami bersama-sama menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Razali Bin Abd.Rahim Pensyarah Matapelajaran Pemikiran Dan Tamadun Islam (CTU 151), di atas kesudian beliau  membantu kami dengan memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
           
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan  kami yang bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang diberi bersama-sama.  tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekelas yang lain yang turut membantu kami saya sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
Di samping itu, tidak di lupakan kepada ibu bapa kami yang banyak memberi semangat, nasihat, sokongan dan dorongan kepada kami  bagi  menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu  secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.

DEFINISI
Definisi khurafat dari segi etimologi  berasal dari bahasa Arab, kharafa-yakhrifa-kharfan-khurafaratan. Bahasa Inggerisnya merujuk kepada superstition atau supertitio dalam bahsa Latinnya yang membawa maksud sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta tetapi menarik. (Ensiklopedia Hukum Islam 1997, Ensiklopedia Islam 1994 dan  al-mu’jam al-Falsafi 1983).
Di samping itu, terdapat pula catatan yang menjelaskan bahawa khurafat atau khuraf sebenarnya merujuk kepada nama seorang lelaki Arab dari Bani ‘Udhrah yang hidup pada zaman jahiliyyah. Lelaki berkenaan dikatakan telah dicekup oleh makhluk jin untuk hidup bersama mereka untuk satu tempoh tertentu.Apabila lelaki tersebut kembali semula kepada kaumnya, beliau bercerita tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksi dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. Namun, cerita-cerita berkenaan  dianggap dusta dan tidak dipercayai oleh kalangan orang yang mendengarnya, lantas  mereka mengukapkan cerita-cerita tersebut sebagai “cerita khurafah”dan bertitik tolak daripada peristiwa tersebutlah, maka ungkapan khurafah tersebut digunapakai untuk merujuk kepada setiap perkara yang menarik dan menakjubkan (Saliba 1981: “al-khurafah)dan Ensiklopedia Hukum Islam 1997.
            Manakala bidaah pula membawa definisi iaitu setiap perkara yang tidak pernah wujud dalam zaman Rasulillah S.A.W dan satu cara dalam agama yang diada-adakan untuk meniru cara agama yang sebenar diniatkan melakukannya untuk meniru cara yang disyariatkan. Bidaah itu secara ringkas apa yang berlawanan dengan sunnah.
Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, menambahkan ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi, tidak dilakukan oleh Rasulullah.


BENTUK KHURAFAT MASIH BERTERUSAN

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat. Ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang dibawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa membuat rujukan secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama. Hal ini kerana iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup. Selain itu, sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat seperti peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat.”

Khurafat masih wujud di dalam masyarakat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam pelbagai bentuk yang berlainan samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat, mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu  dan mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.

TAMADUN MELAYU

Melenggang Perut
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang wanita yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut dan di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.  Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti tujuh helai kain yang berlainan warna, satu gantang beras, sebiji buah kelapa, beberapa urat benang, satu batang dammar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, beberapa batang lilin, satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya, pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu
 SMS Atau Surat Berantai
Tercetus daripada kemajuan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masakini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan tidak mengambil berat mengenai perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur khurafat yang amat halus. Contoh pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini :
“Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini atau mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari. Manakala siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada Allah s.w.t selama tujuh minggu.”
Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak.
Membuang Ancak
Membuang ancak pula adalah dari segi perubatan orang dulu-dulu. Berkaitan juga dengan perbomohan. Dalam pengubatan ini bomoh akan memberitahu bahawa si pesakit "terkena" itu dan ini, ditempat itu dan ini. Timbul dari penyakit itu, keluarga pesakit akan diminta menyediakan "ancak" untuk diberi makan "hantu". Bila hantu sudah dapat makan, penyakit yang dihidapi oleh pesakit tadi akan sembuh. Cara beri makan "hantu" itu ialah dengan melepaskan "ancak" tadi ke dalam sungai. "Ancak" itu dibuat dari pelepah pokok pinang iaitu "upeh". "Upeh" ini dibentuk menjadi empat segi. Ia merupakan seperti bakul. Di dalamnya diletakkan berteh, 2 biji pisang, dan 2 biji telur. Sebiji telur itu mesti direbus. Keempat-empat penjuru "ancak" tadi dipasang 4 batang lilin. "Ancak" itu kemudian dibawa ke sungai untuk dihanyutkan.


Memakai Tangkal
Tangkal atau azimat juga merupakan salah satu perkara khurafat yang masih kita amalkan. Tangkal ini mengandungi kesan yang berbeza-beza mengikut keperluan si pemakai seperti pendinding, pelindung diri dari penyakit, makhluk halus dan sebagainya. Kepercayaan bahawa dengan memakai tangkal, mereka akan menjadi kuat dan sebagainya. Antara lain perkara yang berkaitan tangkal, batu, kayu dan seumpama dengannya ialah kristal yang kononnya dipercayai mempunyai kuasa tertentu. Sememangnya batuan mempunyai khasiat tertentu namun tak bermakna dengan memakainya, si pemakai benar-benar mendapat tuah, di murahkan rezeki yang berkaitan dengan perkara-perara tersebut yang mana tuah atau rezeki dikurniakan oleh Nya kepada hamba-hambaNya.
TAMADUN ISLAM
Temasya Mandi Safar

Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan. Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilakukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.

Azimat

Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah diri manusia. Azimat adalah salah satu daripadanya. Azimat merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan berlindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.
BENTUK BIDAAH MASIH BERTERUSAN
Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka ,  ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .

Pembahagian Bidaah

Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim : “Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah tercela (mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela .” Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu  :

1)      Bidaah sunnah

Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .

2)      Bidaah harus

Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara’.

3)      Bidaah haram

Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan .

4)      Bidaah makruh

Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain .

Jenis-jenis Bidaah
·         Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah 
·         Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah
·         Bidaah Zamaniah dan Makaniah
·         Bidaah Kulliah dan Juziah
·         Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah
·         Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah
TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN ISLAM

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal

Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka  adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya .

Bidaah Dalam Bulan Safar

Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu .

Bidaah Dalam Bulan Rajab

Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari 27 Rajab .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga tuma’ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah

Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah . Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .

Bidaah Solat Teman

Selain itu , mereka juga  percaya bahawa mayat perlukan bantuan  untuk menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir .  Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Bidaah Tunggu Kubur

Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan ‘Tunggu kubur’ . Mereka mengupah beberapa orang untuk  menunggu kubur si mati untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk simati . Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada si mati , jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-Quran kerana upah .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur

Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang berada  dan kubur-kubur keramat atau wali .Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama lain.

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah

Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa

Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana sudah menjadi kebiasaan .Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI TERJEBAK DENGAN AMALAN KHURAFAT DAN BIDAAH
 Asuhan dan didikan
Pendidikan seseorang itu sebenarnya sudah bermula semenjak dia berada di dalam kandungan ibunya lagi oleh itu ibu bapa yang beriman akan melahirkan anak yang beriman juga tetapi sebaliknya akan berlaku jika ibu bapanya seorang yang lali dan leka dengan amalan yang keji.

Suasana sekeliling
Sepertimana yang diberitahu sebelum ini bahawa faktor keadaan sekeliling adalah penyebab berleluasanya ajaran khurafat dan bidaah. Oleh itu agar tidak terjebak dengan anasir anasir tersebut faktor ini perlu dititik beratkan oleh seseorang yang ingin menyelamatkan akidah diri dan keluarganya dari tercemar. 
Ilmu pengetahuan
Mulianya manusia hanya dengan ilmu, tanpa ilmu manusia tidak dapat membina empayar dan  tamadun bahkan akan terus jatuh serta dipandang hina, oleh itu pengetahuan tentang akidah serta perkara yang dapat merosakkan akidah amatlah penting untuk dihadham oleh setiap individu muslim Dalam kata lain, bukan sekadar syahadah yang perlu diucapkan bahkan perlu diketahui rukun syahadah,syarat sah syahadah, kesempurnaan syahadah,perkara yang membatalkan syahadah serta perlu adanya keyakinan yang mantap terhadap perkara yang termaktup didalam syahadah.
Banyakkan berdoa
Doa adalah perisai seorang mukmin bahkan doa memberikan kesan kearah perubahan diri dan sikap seseorang apatahlagi kalau ianya disertai dengan syarat-syaratnya seperti ikhlas dan sebagainya.
Pergaulan
Biasakanlah diri agar sentiasa berkawan dan berdampingan dengan ulama dan orang-orang yang soleh atau sekurang-kurangnya mereka yang tidak terpesong akidah dan kehidupannya dari ajaran Islam. Pilihlah mereka yang akan dijadikan teman dikalangan mereka yang mampu memberikan tunjuk ajar serta nasihat kearah kehidupan berlandaskan agama bukannya teman kearah mendapatkan FULUS dan WANG BESAR semata-mata.


Banyakkan berzikir
Zikrullah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia, tanpa zikrullah hidup manusia sebenarnya akan menjadi hambar dan tidak mermakna, laksana perisa dalam makanan. Dengan zikrullah manusia menjadi dekat kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala selaku khaliq (pencipta) dan dengan itu dia akan dipimpin serta mendapat perlindungan serta bantuan Allah Subhanu wa Ta‘ala dari terpedaya dengan sebarang hasutan kearah kemungkaran .
Banyakkan membaca al-Quran
Sebagai seorang manusia tidak ada kitab panduan yang lebih baik yang diberikan oleh pencipta alam semestaini melainkan al-Quran yang manfaatnya bukan sekadar menyatakan hukum-hakam kehidupan manusia, tetapi dengan membacanya saja sudah cukup untuk menjadi benteng penyalamat dari gangguan syaitan serta godaan dan hasutan mereka yang kufur kepada Allah Subhanu S.W.T.
SARANAN BAGI MEMBENDUNG BERLELUASANYA AMALAN  KHURAFAT DAN BIDAAH
Pihak kerajaan  diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan kawalan serta pelaksanaan undang undang yang tegas terhadap mereka yang cuba membawa atau menyebarkan sebarang ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci yang menjadi agama rasmi kerajaan. Kerajaan juga disarankan agar menyediakan peruntukan bagi mengadakan seminar, forum, dan majlis majlis ilmu yang membolehkan mereka yang menghadapi masalah ini mendalami serta merujuk kepada pakar pakar bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.   
Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur khurafat dan bidaah di media massa agar tidak menjadi idea pencetus ke arah berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit filem  agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan khurafat, bidaah serta ajaran sesat terhadat agama dan negara. Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyai salasilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas pemikiran.
Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am samada media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala khurafat dan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearah bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap  dan negara. Sebagai umat Islam dan rakyat dalam sesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman khurafat dan bidaah adalah virus besar kepada agama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku di dalam masyarakat kepada pihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama.
Setiap individu muslim perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalan-persoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam.Satu talian “Bebas Tol” perlu diadakan agar setiap aduan dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung dan seterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.
IMPAK MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT DAN BIDAAH.
Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah S.W.T dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada-Nya seluruh makhluk bergantung.
Khurafat dan bidaah boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik.
Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammads.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat dan bidaah menyebabkan fikiran semakin kolot.
Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagimana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.

KESIMPULAN
Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat dan bidaah merupakan suatu usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih matang berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa.
Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Majlis Agama Islam Terengganu maka sudah pasti akan runtuh akidah sebahagian besar umat Islam.
Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat dan bidaah boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam. Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan di negara kita Malaysia.
Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala khurafat dan bidaah dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat secara giat. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti majalah Al-Islam, itu adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam masyarakat kita.
Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau boleh diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga agama tauhid ini. I.S.A sahaja tidak cukup. Mungkin kita boleh mewujudkan akta yang boleh menyabitkan seorang pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan akidah umat Islam.
Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya, jadi umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta mengamalkan “Amar ma’aruf nahi mungkar” yang kini kian dilupakan bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri”. Wallahu’alam.


RUJUKAN


11 comments:

fsyifaa said...

mak aih pnjg nye entry,ponat den nak menghayatinye...xpe good in4....hahaha

k.n.e.z said...

ala...ko baca kenapa??haha

KACHISMA said...

minta kebenaran nak ambik sikit bahan ni.Terima kasih...InsyaAllah dapat pahala kongsi apa yang kita ada.

KACHISMA said...

Salam...pohon kebenaran nak ambik sikit bahan ni....InsyaAllah dapat paha kalau kongsi benda yang baik macam ni.Thank's

nadia samat said...

salam, nak softcopy sal khurafat nie blh x, kalo boleh nak rujukan skali blh x ? trima kasih sngt2 kalo blh mmbantu, nie email saya, =)nadiasamat_23@yahoo.com.my

nadia samat said...

salam awak, nak softcopy sal khurafat nie blh x ? kalo ad simpan ag nak ek,kalo ad rujukan skli sngt2 mmbantu. =) nie email saya nadiasamat_23@yahoo.com.my

fairus fauzi said...

salam..nk mintak kebnaran nk copy asgment wk nie..nk wt ujukan ckit...boley..:)

Cik Knez Hassim said...

salam..maaf kerana lambat reply..errr....masih ada lagi ke yg nak rujukan eseimen ni?

kerool said...

terima kasih akak . ! haha

kerool said...

terima kasih akak . ! haha

Cik Knez Hassim said...

tq kepada semua yg membaca post kali ini. cuma sy minta pada anda semua supaya menggunakan bahan rujukan ini dengan cara yang benar. gunakan sebagai rujukan sahaja. elakkan plagiarism. tq.

Instagram

aku dan blog

Daisypath Friendship tickers

oppss!

Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

ikut.ikut