Friday, August 26, 2011

-luv.to.share:CTU.231.perkembangan.sistem.perbankan.Islam.assignment!-

assalamualaikum dan selamat brsahur..
huhu...pagi ni aku nak share assignment aku...
spe2 google..sah2 jumpa..
ambik lahhh...
ini aku buat sendiri tau..
penat...stress...semua ada..
hope u really use as well as i did it...
huahuahua...
ok

tadaaa...
mmuaaahh...

love to share, knez.

1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami bersama-sama menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Pensyarah Kursus Asas Perakaunan Islam (CTU 231), di atas kesudian beliau  membantu kami dengan memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
           
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan  kami yang bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang diberi bersama-sama.  tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekelas yang lain yang turut membantu kami sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
Di samping itu, tidak di lupakan kepada ibu bapa kami yang banyak memberi semangat, nasihat, sokongan dan dorongan kepada kami  bagi  menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

Akhir kata, kami sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu  secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN
            Islam merupakan agama yang cukup sempurna dan lengkap untuk membantu manusia dalam segala aspek kehidupan samada berkaitan dengan aspek kepercyaan atau tingkah laku dan amalan dalam segenap segi kehidupan.
            Maksud perbankan Islam juga boleh dimaksudkan sebagai sebuah organisasi atrtau pertubuhan yang terlibat secara langsung dengan amalan kewangan yang berdasarkan syariah Islam dan sentiasa menggunakan kaedah-kaedah fiqh dalam pelaksanaannya.
            Sistem kewangan Islam merupakan salah satu bidang ilmu dalam muamalah Islam yang tunduk kepada hukum  Allah SWT dalam segala bentuk amalannya. Sistem kewangan Islam juga membawa maksud sebagai kaedah dan peraturan yang berkaitan dengan hasil mahsul atau pendapatan segala sumber sesebuah kerajaan, cara memungutnya dan membuat perbelanjaan. (Dr. Sa’id Sa’ad: 1986). Tambahan pula, ia wujud sebagai satu sistem yang tersendiri tanpa dilihat dari ilmu Islam itu sendiri iaitu Al-Quran dan al-sunnah.
            Secara amalannya, sistem kewangan Islam adalah bersifat komprehensif yang tidak boleh dipisahkan dari keseluruhan sistem hidup Islam itu sendiri kerana ia bersifat kesepaduan dengan aspek-aspek akidah, ibadah, dan akhlak.
3.0 SEJARAH BANK ISLAM

            Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam telah dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat di dalam undang-undang Melaka. Apa yang jelas, kebanyakan negeri-negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi oleh undang-undang Melaka termasuklah yang melibatkan aspek transaksi Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris.
            Walaubagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara berkaitan dengan muamalat. Namun, ianya diperuntukkan dalam satu fasal tentang larangan riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undang-undang tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urus niaga.
            Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan September 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji).
            Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana.
4.0 OPERASI BANK ISLAM


            Teori pinjaman, pembiayaan, simpanan, pelaburan, jualan dan belian, gadaian dan hutang secara Islam hanya akan dapat dilaksanakan dengan baik bila wujudnya institusi dan syarikat kewangan yang menjalankannya.

            Operasi dan aktiviti kewangan yang melibatkan riba, penindasan, pemalsuan dan kesamaran(syubhah) dalam kontrak tidak boleh diterima dalam sistem perbankan Islam.

4.1 Sumber Dana Bank Islam

i)                    Ekuiti pemilik saham
ii)                  Akaun simpanan
iii)                Akaun semasa
iv)                Akaun pelaburan
 5.0 MATLAMAT BANK ISLAM


                  Berusaha sedaya upaya menjalankan operasinya sebagai sebuah bank perdagangan berlandaskan kepada hukum syarak.

                  Menyediakan kemudahan dan khidmat bank kepada semua umat Islam dan rakyat negara ini dengan mencapai keteguhan dan keupayaan berkembang maju dari masa ke semasa.
6.6.0 PERANAN BANK ISLAM
           
            Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

6.1 Perbankan Islam di Malaysia
            Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI). Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan konvensional.
     
Perbankan Islam atau bank SPI melalui logo di bawah:


            Semua bank Islam dan bank-bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal. Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, nasihat Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperoleh bagi
memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan. Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.


7.0 PRINSIP SYARIAH DAN BANK ISLAM

            Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).

Di antara konsep-konsep Islam yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam ialah:

o    Wadi’ah
o    Mudarabah
o    Bai’ Bithaman Ajil
o    Murabahah (Kos tambah)
o    Musyarakah (Usaha sama)
o    Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
o    Wakalah (Agensi)
o    Qard (Kontrak hutang)
o    Hibah (Ganjaran)

7.1 Wadi’ah

            Wadi’ah atau simpanan adalah konsep perbankan Islam yang hampir sama dengan konsep akaun simpanan dalam perbankan konvensional. Dalam konsep Wadi’ah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana. Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank akan menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan, atau sebahagian daripada amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin akan diberikan 'hibah' (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh bank.

7.2 Mudarabah (Perkongsian Keuntungan)
           
            Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akanditanggung oleh pemilik modal.

7.3 Bai’ Bithaman Ajil- BBA (Perjualan dengan harga tertangguh)

            Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

 7.4 Murabahah (Kos Tambah)
           
            Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

7.5 Musyarakah (Usaha Sama)

            Musyarakah atau usaha sama merupakan konsep perbankan Islam yang biasanya diguna pakai bagi perniagaan perkongsian atau perniagaan usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.

7.6 Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)

            Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secaraberasingan dengan turutan yang betul.

7.7 Wakalah (Agensi)
           
            Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi
bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak
yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya

7.8 Qard (Kontrak hutang)

            Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

7.9 Hibah (Ganjaran)
           
            Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang diterima.
8.0 PRINSIP ASAS FALSAFAH BANK ISLAM


i)                    Konsep pemilik sebenar
·         Allah SWT adalah pemilik sebenar dan penguasa kepada segala makhluk, dan juga segala sumber yang ada di bumi dan di langit adalah milik Allah SWT.

ii)                  Khalifah (vicegerency)
·         Manusia dijadikan oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi. Ia merangkumi tanggungjawab manusia untuk beribadah  dan melaksanakan urusan dalam bentuk amanah yang diserahkan oleh Allah SWT dalam bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya.

iii)                Integrasi nilai-nilai akhlak dengan aktiviti ekonomi
·         Ajaran Islam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah SWT mempunyai nilai-nilai yang tetap yang merangkumi seluruh amalan dan kegiatan hidup manusia.

iv)                Sikap positif terhadap aktiviti pembangunan ekonomi
·         Segala harta kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT hendaklah dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan hidup manusia mahupun kehidupan individu dan masyarakat.

v)                  Agihan semula kekayaan berorientasikan sosial
·         Falsafah dalam ekonomi Islam adalah setiap harta terdapat di dalamnya hak masyarakat khususnya golongan miskin dan lemah.


              vi)                Penghapusan institusi riba
·         Islam mengharamkan semua aktiviti yang batil yang dilarang oleh Allah SWT, kerana ia memberi kesan yang buruk kepada kehidupan manusia.

vii)              Perkongsian untung
·         Amalan muamalat dalam perbankan Islam berasaskan perkongsian untung bukan berdasarkan riba.

9.0 CIRI-CIRI UTAMA BANK ISLAM


i)                    Berorientasikan Aqidah Islamiah
·         Bank Islam bergerak atas nilai tauhid yang terikat dengan sistem hidup Islam yang syumul. Bank Islam hendaklah mengintegrasikan segala kegiatan materialnya dengan aspek-aspek nilai akhlak Islamiah.

ii)                  Berorientasi sosial
·         Islam memandang faktor-faktor ekonomi, sosial, mental dan spiritual adalah merupakan faktor-faktor yang wujud secara bersepadu dalam kehidupan manusia.

iii)                Tazkiyyah
·         Sesebuah bank Islam hendaklah menjadikan dirinya sebagai alat untuk perkhidmatan masyarakat dan menyelamatkan masyarakat dari keburukan dan dosa seperti amalan riba yang dilaknat oleh Allah SWT.

iv)                Uhkhuwah dan Ta’awun
·         Islam mengajar umatnya dalam perhubungan dan bermuamalah dengan sesam manusia dengan cara baik bagi membentuk nilai-nilai ukhuwah dan kerjasama dalam sesuatu urusan dan pekerjaan.
10.0 KEUNTUNGAN BANK ISLAM

            Dari sudut objektif, perbankan konvensional menerusi pelbagai aktivitinya adalah mengumpul keuntungan peribadi ataupun kumpulan tertentu seperti pihak pemegang saham. Usaha digembleng hanya bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan tanpa mengambil kira kesan dan akibat kepada umat. Hal ini berbeza dengan sistem Perbankan Islam di mana dari sudut teorinya adalah untuk menjamin kemaslahatan dan kesejahteraan umat khususnya dalam perkara yang berkaitan sosioekonomi umat Islam.

            Ini dapat dilihat apabila perbankan Islam tidak mengamalkan riba yang memang jelas menindas dan menzalimi terutamanya golongan yang lemah. Dosa riba ini telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Malah riba diharamkan oleh semua agama. Allah melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Rasulullah SAW. melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya." (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i dan Ibn Majah)

            Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis nabi SAW maksudnya: "Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)." (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

            Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah:278).
           


            Begitu juga jika dilihat dari sudut hubungan di antara pelanggan dengan pihak bank. Bank konvensional hanya terhad kepada hubungan antara pemiutang dan peminjam sahaja. Tetapi di dalam perbankan Islam, hubungan lebih kepada kebersamaan di mana sebagai contoh di bawah konsep Musyarakah, pihak bank dan pelanggan adalah rakan kongsi untuk melaksanakan satu-satu projek dan sebagainya. Ini selaras dengan falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam iaitu untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain.

            Dengan mengenakan caj tambahan yang kadang-kadang berkali ganda seperti yang dilakukan oleh perbankan konvensional melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan. Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta. Biar pun telah wujud sistem kewangan yang berasaskan prinsip Islam, namun, masih ada di kalangan umat Islam hari ini yang masih terlibat dengan perbankan konvensional. Mereka mencipta 1,001 alasan untuk mengelak terlibat dengan Sistem Kewangan Islam seperti produk-produk yang ditawarkan oleh Perbankan Islam mahal harganya jika dibandingkan dengan produk-produk syarikat konvensional.
11.0 KESIMPULAN

 buat sendiri la pulakkk...hahahaha

ini khas utk budak uitm AC110 part 3..tq

1 comment:

sis-haneii said...

good.hehe. bce nota sebelum exam esok

Instagram

aku dan blog

Daisypath Friendship tickers

oppss!

Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

ikut.ikut