Tuesday, January 16, 2018

Noktah

Noktah.
Ada kalanya kita perlukan noktah dalam hidup kita. Persoalannya bila kita patut letak noktah tersebut? Adakah noktah di pengakhiran atau noktah sementara?

Ini kisah aku.
Ye, aku yang mempersoalkannya. Kenapa bagaimana bila apa dimana siapa?
Aku adalah penyambung generasi perniagaan keluarga. Semua orang ingat bisnes keluarga tu hebat, senang, dah kaya, tak perlu buat apa. Hakikatnya tak seperti yang dibayangkan. Luahan aku mungkin akan menyakitkan hati orang tapi aku perlu menaip untuk menghilangkan tekanan aku. Bunyi seperti aku penting diri tapi ini kisah aku.

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Langsung tidak diajar erti kemewahan mahupun hidup dalam kesenangan. Kedua orang tua aku merupakan ahli perniagaan. Mereka bersama-sama membina empayar perniagaan sehingga hari ini. Aku ada lima orang adik beradik dan paling bongsu merupakan tingkatan 2. Ye, aku anak sulung.

Lepas habis belajar, aku terus terjun masuk bisnes keluarga. Tapi sebenarnya aku dah start bekerja sejak umur aku 3 tahun lagi. Hidup aku macam orang biasa, masa kecil, main basikal, makan aiskrim, macam kanak-kanak lain. Di saat aku membesar, aku telah didedahkan dengan kehidupan cari rezeki bukan makan gaji. Umur 3 tahun aku dah start tunggu jiran datang depan rumah, panggil nama aku, dan mencicit aku berlari ke pagar rumah, untuk jual aiskrim yang mak aku buat. Gembira tak terkata melihat jiran datang beli banyak-banyak. Hasil jualan aiskrim, mak aku suruh simpan dalam tabung bentuk kelapa yang bank pertanian punya tu. Pernah buat kerepek ubi, jual. Pernah tolong mak aku buat bubur lambuk bulan puasa, jual kat bazar. Terlalu banyak memori manis dalam ingatan aku. Darjah satu, zaman kegawatan ekonomi Malaysia yakni juga Asia, mak ayah aku buka gerai tepi jalan jual makanan pagi. Aku tak malu, tak pernah malu. Ada seorang cikgu sekolah aku, suka nasi lemak yang mak ayah aku buat, setiap hari kirim nasi lemak dan aku jual kepada cikgu tu. Setiap pagi bawa nasi lemak untuk cikgu, hasil jualan, simpan tabung juga. Aku juga bawak bekal hari-hari. Duit belanja sekolah ada, tapi biasa la balik sekolah mesti pergi kedai belakang. Tapi walaupun masa tu dikira susah, aku tetap dapat basikal, jam tangan, teddy bear macam kanak-kanak lain. Setiap kali aku dapat keputusan cemerlang mesti aku dapat hadiah. Sebab itu, sampai hari ini aku suka tambah ilmu, supaya aku pandai semua benda, dan mak ayah aku akan bangga dengan aku.

Aku start kerja sebagai jurujual masa umur aku darjah 4, jual tshirt Tganu kat pasar kraf depan pejabat pos besar Kuala Terengganu setiap sabtu. Aku tak pernah malu dan aku bangga. Orang lain waktu cuti sabtu, pergi holiday sana sini, aku holiday juga, tapi musim cuti sekolah dah cukup. Aku dari kecil selalu je teroka negeri lain sebab bisnes mak ayah aku ni jenis buat promosi luar. Dari situ la aku belajar tentang budaya dan tempat orang. Sekarang, campak lah aku kemana pun, aku boleh survive. Masa aku sekolah menengah, aku sekolah asrama, aku boleh kira dengan jari berapa kali mak ayah aku datang melawat setahun. Aku pernah dapat kad hari jadi, mak aku pos. Sampai hari ini, kalau aku buka kad tu, aku akan terus menangis. Mungkin mak ayah aku pun dah lupa mereka pernah pos kad pada aku. Dalam kad tu ada tulis “Along belajar elok-elok, mama dan abah harap along faham keadaan kita, mama dan abah sayang along”. Dan itulah kata kata semangat aku selama ni. Aku jarang dapat bercakap dari hati ke hati dengan mak ayah aku. Mungkin kerana aku ego. Aku susah nak tanya khabar mereka masa aku belajar, aku jarang mesej mereka, tapi dalam hati aku, aku memang nak sangat tanya, nak sangat hari hari call, tapi aku sibukkan diri dengan benda lain.

Aku kerja sepenuh masa lepas SPM sama macam pekerja lain, duit gaji aku buat bayar lesen. 3 bulan aku tak dapat gaji penuh, aku dapat elaun 100 sebulan untuk beli keperluan. Masa makan mak aku masakkan, so aku bawa bekal pergi kerja. Masa diploma memang aku 100% berdikari. Aku diberikan sebuah kereta kancil untuk aku guna sepanjang aku belajar. Walaupun diploma rumah aku memang sangat dekat, tapi aku masih duduk asrama dan rumah sewa dengan kawan-kawan. Masa hujung minggu atau lepas kelas, aku akan ke kedai mak aku untuk tengok perjalanan bisnes. Masa cuti semester, aku akan masuk kerja. Aku jenis panas baran, arah pekerja, marah-marah sebab tak ikut apa sepatutnya kerja yang patut dibuat. Aku bukan marah sengaja, aku marah supaya mak aku tak pening nak urus pekerja. Masuk ijazah pula, aku di Selangor. Tiap kali aku balik Terengganu, mesti aku akan masuk kedai juga. Aku start temuduga pekerja masa umur aku 18 tahun. Macam muda lagi kan, tapi pengalaman aku yang mahal.

Lepas ijazah, aku masuk bisnes sepenuhnya. Aku study akaun dari sekolah menengah sampai ijazah. Habis ijazah, dapat offer kerja lain, tapi aku tak minat makan gaji. Aku habis 15 Januari 2016, terus masuk pejabat, terus hadap macam-macam agensi yang memang ganas. Tak perlu aku senaraikan, cukup la sekadar apa yang ada kat UTC tu, itu lah yang aku hadap. Tarik tali, give and take itu konsep aku. Masa tu juga, bisnes aku start berkembang drastic gila. Pada umur 24 tahun, aku pemegang saham syarikat dengan jumlah liabiliti sebanyak 2.78 juta. Ada wisma, ada kereta banyak, ada rumah besar. Tapi bisnes makin besar bukan tanda ia stabil.

Hari ini, aku nak salahkan ekonomi macam sia-sia, masing-masing boleh rasa apa yang berlaku hari ini. Jangan salahkan ekonomi, salahkan diri kita sebab orang yang tak datang beli di kedai kita. Kalau ekonomi masalah, kenapa ada yang tambah kaya? Ada yang baru naik terus kaya. Hasil pemerhatian aku, kenapa bisnes hari ni makin banyak dibuka sedangkan ekonomi dan kuasa beli semakin turun adalah orang buka buka bisnes tu adalah bekas pekerja makan gaji yang diberhentikan secara rela atau paksarela. So mereka akan dapat pampasan atas masalah itu. Berapa banyak bank yang tutup cawangan, berapa banyak kilang shut down, berapa banyak kedai tutup? Cuba bayangkan berapa kadar pengganguran negara kita hari ini? So, mereka tiada gaji tetap dan mula masuk dunia bisnes. Bila semua masuk bisnes, bayangkan siapa pembelinya? Yang hebatnya, bila mereka masuk bisnes, mereka lebih pandai dari segi pengurusan bisnes dan dunia teknologi. Bayangkan apa nasib bisnes yang beroperasi secara manual hari ni? Berapa banyak bisnes online yang berlaku hari ini? Bisnes lejen bayar banyak benda dari segi cukai, lesen niaga, gaji pekerja, socso, kwsp, pcb dan macam-macam lagi. Bisnes newbies pula? Online? Boleh ke kerajaan trace semua dropship dan seangkatannya? Penjawat awam juga berkurangan, sebab sekarang semua guna teknologi, tapi compatible ke dengan keadaan hari ini. Takziah terlebih dahulu kepada bisnes lejen kerana kami rabun teknologi.
Ok, pemerhatian aku untuk bisnes uber dan grab. Setahu aku, uber dan grab ni untuk orang yang punya kenderaan, dan memang dah ada kerja, nak pergi kerja, guna satu kereta seorang bunyi macam pembaziran petrol disitu kan? So, wujudlah uber dan grab. Pernah tak anda bayang apa nasib pemandu teksi? Ye, mereka tua dan tidak hensem tapi mereka cari rezeki sepenuhnya guna teksi mereka. Dan apa kaitnya aku dalam soal ni? Aku pemikir, tu je jawapannya. Btw, aku tak pernah naik grab atau uber. Tak reti. See bisnes lejen? Itu kelemahannya. Sekarang uber dan grab jadi satu pekerjaan tetap sama macam teksi cuma versi pemandu muda dan hensem. Not fair! Apa guna buat MRT dan rapid? Orang sibuk duk beli kereta, kerajaan suruh guna perkhidmatan awam. So, kita ni nak apa sebenarnya?

Aku pergi kelas pengurusan bisnes, kata sifu, kita kena ikut perkembangan dunia semasa. Ok ini kisah aku. Aku cuba nak ikut perkembangan semasa. Penggunaan fb ads, Instagram dan seangkatannya, aku sapu semua, aku belajar, aku buat. Tapi ia jadi satu salah faham sebab bisnes lejen. So semua niat akan tergendala dan masa akan tinggal aku. Aku slow kan step aku, slow-slow masukkan motif aku dalam bisnes lejen. Tak mudah ok. Kami banyak kepala. Aku cemburu pada mereka yang buat bisnes ikut rentak mereka sendiri. Kawan kawan aku boleh buka bisnes, senyum dan gembira dengan kerja mereka. Bab masalah kita tolak tepi. Yang penting, makin naik naik naik. Aku penyambung empayar bisnes, tugas aku bukan mudah, aku kena pastikan empayar kami terus bertahan dan berkembang. Buat masa ini, aku pertahankan dahulu. Untuk berkembang aku perlukan booster yang power dahulu. Keadaan tak sama dengan dulu. 21 tahun dahulu bisnes nilai 5k sekarang bisnes nilai 5juta. Ingat mudah? Nak buat keputusan kena tunggu keputusan ramai supaya setiap pelaburan tidak disalahgunakan. Aku bersyukur ramai bagi support. Terima kasih. 

Minggu lepas aku sangat depress, aku boleh bayang cemana iqramdizzle boleh depress. Aku mengamuk menangis menjerit dalam kereta for 3 days. Aku buat family aku terasa, sampai hari ni, aku masih belum buat mak aku tenang. Aku sedih dan kecewa sebab aku rasa sangat useless tak boleh perform the best untuk pertahankan bisnes mak ayah aku. Aku terlampau sedih sebab aku kecewa kan mereka dengan ego aku. Dan mak aku decide untuk letak noktah sementara pada bisnes dia. Aku sebagai anak rasa sangat bersalah sebab mak aku terpaksa padam suatu perkara terindah dalam kamus hidup dia. Satu persatu asset peribadi dia lepaskan demi pertahankan sebuah empayar bisnes untuk anak-anak dia, dan anak-anak masih bersenang lenang seolah tiada nasi pun tidak mengapa. Aku tahu mak aku dah penat, tapi nak letakkan noktah bukan mudah seolah-olah ia baru ayat pertama dalam perenggan pertama. Terlalu jauh lagi untuk penghabisan, tapi kami dah penat, mahu hidup tenang dan mencari redha Illahi. Aku redha sekiranya keputusan mak aku buat demi harga sebuah keluarga dan kasih Allah, aku noktahkan dahulu untuk ayat pertama. Kemudian, susun atur kembali strategi untuk ayat kedua supaya nasib keluarga dan pekerja masih terbela kerana perjalanan aku masih jauh. Kuatkan diri, tebalkan amalan, lebihkan pemberian, rendahkan diri, buangkan ego. Aku bukan mengalah, aku cuma duduk sebentar, kembali bangkit dan terbang. Aku tak pernah menyesal dan kecewa dengan apa yang diaturkan oleh mak aku untuk perjalanan hidup aku hingga hari ini. Aku bangga dengan mak aku kerana wujudnya aku hari ini kerana mama dan abah. Aku bangga dengan mama abah kerana wujudnya aku yang berjaya hari ini. 

Mama, Abah, Akmal, Umar, Nazirul dan Ain, Along minta maaf kerana banyak buat keluarga terasa. InshaAllah, kami anak-anak akan sentiasa bangkit bersama dan sokong segala apa keputusan mama abah untuk kami. May Allah bless our path. May Allah bless our legacy. Biiznillah. 

No comments:

Instagram

aku dan blog

Daisypath Friendship tickers

oppss!

Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

ikut.ikut